Rating kandungan untuk apl dan permainan membantu anda memahami kematangan apl.
Rating adalah tanggungjawab pembangun apl dan Gabungan Rating Umur Antarabangsa (IARC). Di Korea Selatan, rating telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Rating Permainan (GRAC).
Cara Google Play menggunakan rating
Kami menggunakan rating kandungan untuk:
- Beritahu anda tentang kandungan dalam apl yang mungkin tidak menyenangkan.
- Sekat atau tapis kandungan anda di wilayah tertentu atau kepada pengguna tertentu apabila diperlukan.
Maklumat tentang apl atau permainan yang terdapat dalam rating kandungan
Rating berdasarkan umur & perihalan
Rating kandungan digunakan untuk menerangkan tahap kematangan minimum kandungan dalam apl. Walau bagaimanapun, rating kandungan tidak memberitahu anda sama ada apl itu direka untuk pengguna yang berumur tertentu.
Rating biasanya berdasarkan beberapa faktor, termasuk kandungan seks, keganasan, dadah, perjudian dan kata-kata cabul.
Ketik Baca lagi pada halaman butiran apl untuk menemukan perihalan tentang sebab apl itu mendapat rating sedemikian.
Ciri interaktif
Dalam bahagian "Baca lagi" pada halaman butiran apl, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang ciri interaktif apl. Ciri interaktif apl termasuk perkara seperti sama ada apl berkongsi lokasi pengguna atau apl membenarkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain. Ciri interaktif apl adalah berasingan daripada rating kandungan apl.
Temukan rating kandungan
Anda boleh menemukan rating kandungan untuk apl dan permainan di bawah tajuk apl pada halaman butiran apl.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rating kandungan apl, ketik Baca lagi. Pilihan ini menunjukkan maklumat lanjut tentang tahap kematangan kandungan dan ciri interaktif apl tersebut.
- Buka Google Play Store
.
- Pada bahagian atas, cari apl Segera anda.
- Ketik apl itu.
- Ketik Baca lagi.
- Cari rating kandungan di bawah "Maklumat lanjut".
Standard rating mengikut negara atau rantau
Amerika Utara & SelatanRating di Amerika Utara & Selatan diurus oleh Lembaga Rating Perisian Hiburan (ESRB).
Negara
Antigua dan Barbuda, Argentina, Bahamas, Barbados, Belize, Bolivia, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Dominica, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Greenland, Grenada, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Jamaica, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Suriname, Trinidad dan Tobago, Amerika Syarikat, Uruguay dan Venezuela.
Rating
| Rating | Perihalan |
|---|---|
| SEMUA ORANG
Kandungan secara umumnya sesuai untuk semua peringkat umur. Boleh mengandungi kartun yang minimum, fantasi atau keganasan yang tidak ketara dan/atau penggunaan bahasa sederhana yang agak jarang. |
|
| SEMUA ORANG 10+
Kandungan secara umumnya sesuai untuk umur 10 tahun dan ke atas. Boleh mengandungi lebih banyak kartun, fantasi atau keganasan yang tidak ketara, bahasa yang sederhana dan/atau tema tidak senonoh. |
|
| REMAJA
Kandungan secara umumnya sesuai untuk umur 13 tahun dan ke atas. Boleh mengandungi keganasan, tema tidak senonoh, lawak yang kasar, sedikit darah, perjudian simulasi dan/atau penggunaan bahasa kesat yang agak jarang. |
|
| MATANG
Kandungan secara umumnya sesuai untuk umur 17 tahun dan ke atas. Boleh mengandungi keganasan yang keterlaluan, darah dan keganasan, kandungan seksual dan/atau bahasa yang kesat. |
|
| DEWASA SAHAJA
Kandungan hanya sesuai untuk umur dewasa 18 tahun dan ke atas. Boleh mengandungi adegan keganasan keterlaluan yang berpanjangan, kandungan seksual grafik dan/atau perjudian dengan mata wang sebenar. |
Ketahui lebih lanjut di laman web ESRB.
Rating di Eropah dan Timur Tengah diurus oleh Maklumat Permainan Pan Eropah (PEGI).
Negara
Albania, Andorra, Austria, Belgium, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Israel, Itali, Kosovo, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Moldova, Monaco, Montenegro, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, San Marino, Serbia, Republik Slovak, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Vatican City.
Rating
| Rating | Huraian |
|---|---|
| PEGI 3
Kandungan apl dengan rating ini dianggap sesuai untuk semua kumpulan umur. Sedikit keganasan dalam konteks lucu (biasanya bentuk keganasan seperti kartun - Bugs Bunny atau Tom & Jerry) boleh diterima. Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan watak pada skrin dengan watak kehidupan sebenar, ia hendaklah bersifat fantasi yang jelas. Apl tidak boleh mengandungi sebarang bunyi atau gambar yang mungkin menakutkan kanak-kanak kecil. Bahasa yang kesat hendaklah tidak digunakan. |
|
| PEGI 7
Mana-mana apl yang biasanya diberi rating 3 tetapi mengandungi beberapa adegan atau bunyi yang mungkin boleh menakutkan kanak-kanak mungkin dianggap sesuai dalam kategori ini. Apl PEGI 7 hanya boleh mengandungi keganasan yang sangat ringan, seperti keganasan tersirat atau keganasan tidak terperinci atau tidak realistik. |
|
| PEGI 12
Permainan atau apl yang menunjukkan keganasan yang bersifat lebih grafik terhadap watak fantasi atau keganasan bukan grafik terhadap watak yang kelihatan seperti manusia atau haiwan akan diletakkan dalam kategori umur ini, termasuk juga kebogelan yang bersifat lebih grafik dan perjudian simulasi. Sebarang bahasa kesat dalam kategori ini mestilah bersifat ringan dan tidak mengandungi kata makian berunsur seksual. |
|
| PEGI 16
Apabila penggambaran keganasan atau aktiviti seksual mencapai tahap yang kelihatan sama seperti yang dijangkakan dalam kehidupan sebenar, rating ini akan digunakan. Bahasa yang tidak sopan, galakan penggunaan tembakau atau dadah dan penggambaran aktiviti jenayah boleh menjadi kandungan apl yang diberi rating 16. |
|
| PEGI 18
Pengelasan dewasa digunakan apabila tahap keganasan mencapai tahap yang menggambarkan keganasan ngeri dan/atau merangkumi unsur jenis keganasan tertentu (pembunuhan tanpa motif, keganasan terhadap watak yang lemah atau keganasan seksual). Pengelasan ini mungkin juga merangkumi kandungan seksual grafik, diskriminasi atau daya tarikan kepada penggunaan dadah haram. |
|
| BIMBINGAN IBU BAPA DISYORKAN
Apl tidak selalu mempunyai kandungan dipratetapkan yang boleh dikelaskan terlebih dahulu. Apl tertentu berfungsi sebagai portal (mis. untuk menstrim kandungan), menawarkan kandungan yang luas dan pelbagai yang boleh dipilih oleh pengguna. Untuk apl ini, kami menggunakan ikon panduan ibu bapa untuk memaklumkan kepada ibu bapa bahawa apl itu mungkin memberikan akses kepada kandungan yang tidak sesuai untuk anak mereka, walaupun kandungan lain yang sesuai dengan umur anak mereka mungkin turut tersedia, bergantung pada pilihan pengguna. |
Ketahui lebih lanjut di laman web PEGI
Rating di Jerman diurus oleh Unterhaltungssoftware Selbstkontrolle (USK).
| Rating | Perihalan |
|---|---|
| Semua peringkat umur
Apl tanpa sekatan umur menampilkan kandungan tanpa kaitan perlindungan belia. Apl ini boleh ditujukan secara langsung kepada kanak-kanak dan orang muda malahan juga kepada khalayak dewasa. Sebagai contoh, atur cara utiliti, katalog produk atau apl alat tergolong dalam kategori ini serta rangkaian sosial di mana semua kandungan yang dihasilkan oleh pengguna disemak, ditapis atau disederhanakan dengan teliti. |
|
| USK: Umur 6 tahun dan ke atas
Apl dalam kategori ini boleh mengandungi unsur yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak pra-sekolah. Apl ini mungkin mengandungi adegan yang menakutkan, bahasa kesat yang sederhana atau sindiran halus berbaur erotik. Jika terdapat imej ganas, imej ini kekal abstrak dan bukan penentu bagi keseluruhan produk. Permainan dalam kategori umur ini masih boleh dikategorikan sebagai mesra keluarga tetapi melibatkan aspek yang lebih menarik dan berdaya saing. |
|
| USK: Umur 12 tahun dan ke atas
Apl dalam kategori ini boleh mempunyai kesan yang merosakkan ke atas kanak-kanak yang lebih muda melalui kehadiran unsur yang menakutkan, kesan kejutan, sedikit bahasa yang eksplisit, kandungan seksual atau imej ganas. Permainan dalam kategori ini boleh menampilkan corak permainan yang lebih berdaya saing dan padat. Jangan lupa bahawa dalam rangkaian sosial atau kandungan yang dihasilkan oleh pengguna secara umumnya mungkin menyumbang kepada kaitan perlindungan belia. |
|
| USK: Umur 16 tahun dan ke atas
Beberapa paparan ganas yang direka bentuk secara realistik, unsur kejutan dan seram, bahasa eksplisit yang agak kerap atau apl dengan tumpuan kepada bahan erotik dan seksual dirumuskan dalam kategori ini. Permainan sering menampilkan pertempuran bersenjata, cerita rangka kerja dan misi ketenteraan. Genre dalam kategori ini turut mengandungi pengembaraan aksi, permainan strategi ketenteraan dan penembak orang pertama. |
|
| USK: Umur 18 tahun dan ke atas
Antara aspek lain sebagai contoh, seperti paparan penggunaan dadah yang tidak dapat dinafikan, keganasan yang realistik dan jelas merupakan sebab yang paling biasa bagi klasifikasi 18+ untuk apl ini. Permainan dalam kategori umur ini hampir sentiasa melibatkan konsep permainan ganas yang menonjol dalam kebanyakan objektif permainan. |
Ketahui lebih lanjut di laman web USK
Rating di Australia diurus oleh Lembaga Klasifikasi Australia (ACB).
Untuk Permainan di Gedung Play di Australia, rating berikut akan digunakan. Untuk apl yang lain, kami akan menetapkan rating yang diterangkan dalam kategori "Negara lain".
| Rating | Perihalan |
|---|---|
| Umum
Kandungan adalah sangat ringan dari segi impaknya. Pengelasan G adalah sesuai untuk semua orang. Produk G mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh dikelaskan seperti bahasa dan tema yang sangat ringan impaknya. Namun, sesetengah permainan komputer kelas G mungkin mengandungi kandungan yang tidak menarik minat kanak-kanak. |
|
| Bimbingan Ibu Bapa
Kandungan adalah ringan dari segi impaknya. Impak permainan komputer kelas PG (Bimbingan Ibu Bapa) hendaklah tidak lebih daripada ringan, tetapi ia mungkin mengandungi kandungan yang mengelirukan atau tidak menyenangkan kanak-kanak serta mungkin memerlukan bimbingan ibu bapa dan penjaga. Permainan boleh, sebagai contoh, mengandungi unsur-unsur yang boleh dikelaskan seperti bahasa dan tema yang ringan impaknya. Ia tidak digalakkan untuk dilihat atau dimainkan oleh individu yang berumur bawah 15 tahun tanpa bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga. |
|
| Matang
Kandungan adalah sederhana dari segi impaknya. Permainan komputer yang dikelaskan sebagai M (Matang) mengandungi kandungan yang mempunyai impak sederhana dan disyorkan untuk remaja berumur 15 tahun dan ke atas. Kanak-kanak bawah 15 tahun boleh mengakses bahan ini secara sah kerana ia ialah kategori penasihat. Namun, permainan komputer kelas M boleh termasuk unsur-unsur yang boleh dikelaskan seperti keganasan dan kebogelan yang mempunyai impak sederhana yang tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur bawah 15 tahun. Ibu bapa dan penjaga mungkin perlu mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan khusus permainan komputer, sebelum memutuskan sama ada bahan tersebut sesuai untuk anak mereka. |
|
| Terhad
Kandungan adalah berat dari segi impaknya. Bahan yang dikelaskan sebagai MA 15+ mengandungi kandungan berat yang dihadkan dari segi undang-undang kepada individu yang berumur 15 tahun dan ke atas. Bahan ini mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh dikelaskan seperti adegan seks dan penggunaan dadah yang berat impaknya. Seseorang itu mungkin diminta menunjukkan bukti umur mereka sebelum menyewa atau membeli permainan komputer MA 15+. Kanak-kanak bawah umur 15 tahun mungkin tidak boleh menonton, membeli atau menyewa bahan kelas MA 15+ secara sah kecuali jika mereka ditemani ibu bapa atau penjaga dewasa. Penjaga mestilah orang dewasa yang menjalankan kawalan ibu bapa terhadap individu yang berumur bawah 15 tahun. Penjaga perlu berumur 18 tahun atau lebih.
|
|
| Terhad
Kandungan adalah berat dari segi impaknya. Bahan R 18+ dihadkan dari segi undang-undang kepada orang dewasa. Bahan sedemikian mungkin mengandungi unsur-unsur yang boleh dikelaskan seperti adegan seks dan penggunaan dadah yang berat impaknya. Sesetengah bahan yang dikelaskan sebagai R18+ mungkin menyinggung perasaan sebahagian golongan dewasa. Seseorang itu mungkin diminta menunjukkan bukti umur mereka sebelum membeli, menyewa atau melihat permainan komputer R18+. |
Ketahui lebih lanjut di laman web ACB
Rating di Brazil diurus oleh ClassInd.
| Rating | Perihalan |
|---|---|
| Semua peringkat umur
Kandungannya tidak berbahaya kepada kanak-kanak pada sebarang usia. Mungkin terdapat sedikit kandungan dengan kesan yang sangat rendah, seperti keganasan kartun. |
|
| Rating 10+
Sedikit kandungan dengan kesan rendah, terutamanya pada kanak-kanak kecil. Mungkin mengandungi kata-kata sumpahan yang sedikit menyinggung, senjata, pergaduhan yang tidak menumpahkan darah, babak menyeramkan, rujukan pada tembakau/alkohol dan penggunaan drug haram sebagai ubat. |
|
| Rating 12+
Kandungan dengan kesan rendah. Mungkin mengandungi kata-kata sumpahan, dialog atau rujukan seksual, luka, pendarahan dan penggunaan tembakau/alkohol. |
|
| Rating 14+
Kandungan dengan kesan sederhana. Mungkin mengandungi kematian, suasana erotik, kebogelan dan inferens berhubung penggunaan drug haram. |
|
| Rating 16+
Kandungan dengan kesan sederhana. Mungkin mengandungi keganasan yang kerap, pesak, mutilasi, penyiksaan, perhubungan seksual dan penggunaan drug haram. |
|
| Rating 18+
Kandungan dengan impak tinggi. Mungkin mengandungi sadisme, kekejaman, galakan atau daya tarikan kepada dadah/keganasan dan hubungan seksual yang eksplisit. |
Ketahui lebih lanjut di laman web ClassInd
Permainan sahaja
Sistem rating kandungan di Korea Selatan diluluskan oleh GRAC.
Nota: Permainan mungkin masih diberi rating dengan "Rating Google Play" terdahulu yang digunakan untuk kandungan bukan permainan di Korea (temukan di bawah). Untuk memberikan rating kepada permainan mengikut sistem rating di bawah, pembangun perlu menjawab soal selidik rating baharu dalam Play Console.
| Rating | Perihalan |
|---|---|
|
Untuk semua Tajuk dengan rating SEMUA mengandungi kandungan yang mungkin sesuai untuk semua peringkat umur. |
|
|
Rating 12+ Tajuk dengan rating 12+ mengandungi kandungan yang mungkin sesuai untuk umur 12 tahun ke atas. |
|
|
Rating 15+ Tajuk dengan rating 15+ mengandungi kandungan yang mungkin sesuai untuk umur 15 tahun ke atas. |
|
|
Rating 19+ Tajuk dengan rating 19+ mengandungi kandungan yang mungkin sesuai untuk umur 19 tahun ke atas. |
Ketahui lebih lanjut di laman web GRAC.
Bukan Permainan
Sistem rating kandungan untuk kandungan bukan permainan di Korea Selatan berdasarkan pada sistem Rating Google Play.
| Rating | Perihalan |
|---|---|
|
Rating 3+ Secara umumnya sesuai untuk semua khalayak. Harap maklum bahawa apl dengan rating ini mungkin tidak direka khusus untuk kanak-kanak. |
|
|
Rating 7+ Mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun. Harap maklum bahawa apl dengan rating ini mungkin tidak direka khusus untuk kanak-kanak. |
|
|
Rating 12+ Mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun. |
|
|
Rating 16+ Mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 16 tahun. |
|
|
Rating 19+ Disyorkan untuk khalayak matang sahaja. |
Rating di kawasan lain diurus oleh Gabungan Rating Umur Antarabangsa (IARC).
| Rating | Huraian |
|---|---|
|
Dinilai untuk 3+ Sesuai untuk semua peringkat umur. Sedikit keganasan dalam konteks jenaka atau fantasi boleh diterima. Bahasa kesat tidak dibenarkan. |
|
|
Dinilai untuk 7+ Mungkin mengandungi beberapa adegan atau bunyi yang menakutkan kanak-kanak. Keganasan ringan (tersirat atau tidak realistik) dibenarkan. |
|
|
Dinilai untuk 12+ Keganasan yang melibatkan watak fantasi dan/atau keganasan bukan grafik yang melibatkan haiwan atau watak seperti manusia dibenarkan. Kebogelan bukan grafik, bahasa yang tidak begitu kesat dan perjudian simulasi turut dibenarkan tetapi kata makian tidak dibenarkan. |
|
|
Dinilai untuk 16+ Keganasan realistik, aktiviti seksual, bahasa kesat, penggunaan tembakau dan dadah serta gambaran aktiviti jenayah dibenarkan. |
|
|
Dinilai untuk 18+ Keganasan grafik, termasuk gambaran tiada motif dan/atau ditujukan pada watak yang tidak berupaya mempertahankan diri serta keganasan seksual dibenarkan. Mungkin turut mempunyai kandungan seksual grafik, tindakan diskriminasi dan/atau daya tarikan kepada penggunaan dadah haram. |
Ketahui lebih lanjut di laman IARC.